Sangka buruk, suka mengintip dan mencari aib kesalahan orang lain, serta kata mengata adalah penyakit warisan iblis. Ia merupakan perangkap untuk memangsa manusia. Dengan itu maka penuhlah dunia ini dengan sifat berburuk sangka, saling mencari-cari aib dan kesalahan orang lain, dan seterusnya bermaharajalela adu domba dan fitnah yang bersumber daripada sifat kata mengata. Allah menegah perkara ini daripada berlaku di kalangan umat Islam sebagaimana firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan-larangan tersebut, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani" (Al-Hujurat: 12).
Berpandukan ayat di atas, jelas kepada kita di dalam diri manusia terdapat 3 jenis penyakit hati yang sukar diubati. Penyakit hati inilah yang membawa kepada kemusnahan ukhuwah antara kita di dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan penyakit ini juga akan membawa kita kepada perbalahan dan perpecahan kepada kita semua seandainya kita tidak menjauhinya.
PERTAMA: Dhan yang bererti sangka atau prasangka.
Walaupun Allah tidak melarang terus tabiat ini, namun berdasarkan kesannya yang buruk, Allah menghendaki kita menjauhinya. Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan yang membahayakan serta menyusahkan samada terhadap diri sendiri atau orang lain. Umpamanya, seorang lelaki yang berkunjung ke rumah seorang wanita pada malam hari ketika suaminya tiada di rumah. Seseorang yang melihat peristiwa itu terus membuat sangkaan yang bukan-bukan. Dia pula kemudiannya menceritakkannya kepada orang lain, dan ceritnya pula lebih buruk dari keadaan sebenar. Alangkah malangnya wanita tersebut andainya yang datang itu adalah abang kandungnya sendiri.
KEDUA: ialah amalan suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain.
Perbuatan seperti ini boleh mewujudkan permusuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ada orang yang suka mengintip pergerakan dan mencari kesalahan kita???. Adakah kita akan berdiam diri begitu sahaja tanpa bertindak balas? Selagi manusia memiliki nafsu , sifat ingin bertindak balas pasti wujud demi mempertahankan cerita tentang diri kita diketahui orang lain walaupun benar. Perbuatan suka mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mendedahkannya kepada orang lain, adalah perbuatan yang amat tercela dan dlarang keras oleh Islam. Tetapi jika perbuatan ini bertujuan untuk mendapatkan bukti di mahkamah dan seumpamanya, maka perbuatan ini tidak dilarang malah diharuskan. Islam lebih suka kalau kita merahsiakan keburukan dan keaiban seseorang. Perbuatan seperti ini adalah amalan para Rasul, dan Nabi S.A.W. sendiri pernah memberi jaminan bahawa sesiapa yang menutup keaiban dan kesalahan orang lain, akan diberi ganjaran dengan terpelihara keaibannya pada hari akhirat. Hal ini jelas dalam sabda baginda,:"Sesiapa yang menutupi (keburukan/keaiban)saudaranya sesama Islam, dan tidak didedahkannya kepada orang lain, nescaya Allah akan menutupi keaibannya pada hari akhirat"(HR Ahmad).
KETIGA: Penyakit mengumpat dan kata mengata.
Perbuatan ini juga merupakan penyakit masyarakat yang amat berbahaya. Sekirannya perbuatan ini sudah menjadi amalan dan tabiat seseorang, masyarakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah. Inilah yang dianggap punca perpecahan dan permusuhan. Perkara yang berlaku walaupun benar juga dilarang untuk diumpat apatah lagi perkara yang tidak benar. Pada suatu ketika, iaitu semasa saiditana Aisyah bersama Nabi S.A.W., tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah bekata:"Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah,"Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia".Jawab Aisyah:"Bukankah itu perkara yang benar, Ya Rasulullah?. Maka jawab Rasulullah,"Itulah dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta (fitnah) namanya". Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan menyebut, menceritakan dan mendedahkan keburukan, keaiban, kecacatan, kekurangan, kepincangan seseorang kepada orang lain dinamakan mengumpat. Jika orang yang diumpat itu tidak mengetahuinya, maka ia akan memperolehi pahala daripada umpatan itu, manakala yang mengumpat akan beroleh dosa. Sebaliknya, jika orang yang diumpat itu mengetahui, tentu akan berlaku permusuhan dan persengketaan.
Secara sepintas lalu, ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa iaitu sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata. Ketiga-tiga penyakit ini terbit daripada hati yang telah dirosakkan oleh nafsu dan dikuasai oleh syaitan dan iblis.Penyakit-penyakit seperti ini, tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.
Kita mungkin mampu hidup sendirian, tetapi kita pasti tidak mampu hidup tanpa teman. Bersama-samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati ini. Binalah kehidupan bermasyarakat yang saling memahami serta menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Jangan biarkan ukhuwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita. Wallahu a'lam.
Thursday, December 9, 2010
Sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata
Posted by syurgafirdausi at 4:58 AM 0 comments
Wednesday, October 20, 2010
Persoalan HATI....
Hati itu terbahagi 2 bahagian.
1. Hati Jismani. iaitu hati sebagai bahan bendanya (hati). Hati ini yang disebut dalam Hadis: "Sungguh dalam tubuh manusia ada segumpal daging; apabila dia baik, maka baiklah seluruh tubuh dn apabila dia jahat, maka akan celakalah seluruh tubuh. Dia itu adalah Hati" (HR Bukhari). Hati jismani ini adalah dalam bahasa Arabnya disebut, "Kibdun", dia dapat disaksikan dengan pancaindera dan dapat juga disaksikan tugas-tugasnya berhubung dengan jismani. Dia terletak dalam dada sebelah kiri dan bermuaranya urat-urat darah dalam tubuh. Antara tugas lain ialah- menukarkan zat-zatnya dalam tubuh dan menyahkan zat-zat beracun.
2. Hati Nurani (Ruhani). Iaitu hati yang dalam bahasa Arabnya disebut,"Qalb" atau "Fu'aad" iaitu tenaga dan kekuatan dari hati jismani (Kibdun) dan sifat ruhaninya sahaja , bukan dari sifat bendanya. Dalam bahasa Melayu, antara lain dia digunakan dalam rangkaikata-rangkaikata : ada hati; busuk hati; hati mulia, dan sebagainya.
Jadi disebalik hati jismani (seketul daging), itu terdapat abstrak (maknawi)yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera iaitu kekuatan atau tenaga yang tersembunyi, hati yang berfungsi dari segi ruhani inilah yang ditujukan oleh sabda Nabi, bermaksud: "Sungguhnya Allah tidaklah memandang kepada rupa paras kamu dan tidak pula kepada perawakan badan kamu, pun tidak kepada harta benda kamu, tetapi Dia memandang kepada isi hati-hati kamu dan gerak amalan kamu"(HR At-Tabrani).
Menurut ahli Falsafah Islam terkenal Imam Al-Ghazali:
"Al-Qalb" itu mengandungi 2 makna:
1. "Al-Qalb" (Hati) ialah segumpal daging yang berbentuk bujur dan terletak di dada sebelah kiri, yang mempunyai tugas-tugas tertentu (para doktor perubatan lebih arif..)
2. "Al-Qalb" (Hati) dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dan ruhaniyah yang ada hubungannya dengan hati jismani tadi. Hati dalam erti kedua ini adalah hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian, berpengetahuan dan 'arif'. Iaitu manusia yang menjadi sasaran dari segala perintah dan larangan Allah, yang akan diseksa, dicela dan dituntut segala amal perbuatannya.
Kesimpulannya: Hati manusia itu mempunyai dua peranan iaitu: peranan jismani dan peranan ruhani.
(Dipetik dari buku "Kedudukan Niat dan Ikhlas Dalam Islam", oleh Abdullah Al-Qari, Pustaka Asa Kenali Kelantan, 1988).
Posted by syurgafirdausi at 4:36 AM 0 comments
Tuesday, October 12, 2010
Semai kebaikan, Tuai Keredhaan...
Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan
Firman Allah:
"Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna), sebelum kamu dermakan sebahagian daripada yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui"
(Ali Imran: 92)
Posted by syurgafirdausi at 3:43 PM 0 comments
Thursday, September 2, 2010
Memelihara Hidayah...
Adalah penting bagi kita memastikan hidayah ini tetap terpelihara dalam jiwa kita. Berikut ini adalah beberapa langkah yang peru kita ambil supaya hidayah dalam hati kita tetap pelihara.
Pertama: DOA
Doa adalah step pertama yang perlu kita ambil bila inginkan hidayah dalam hati tetap terpelihara. Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat kepadaNya supaya diteguhkan hidayah dan memohon tidak dicabut atau disentap dari hati kita. Di dalam Al-Quran terdapat serangkap doa yang berkaitan dengan keperluan kita ini. Firman Allah,"Wahai Tuhan kami, janganlan Engkau condongkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk. Dan kurniakan kepada kami dari sisi Engkau, kerahmatan, seseungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurnia" (Ali Imran: 8). Ini adalah doa yang diajarkan secara direct oleh Allah. Adakah di sana doa lain yang lebih baik daripada ini?. Maka sudah sepantasnya, kita menghafal dan mengungkapkannya saban waktu. Kita sedar hakikat, terpelihara atau tercabutnya hidayah itu terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. semata-mata. Apabila Allah meneguhkan hidayah dalam hati kita, tidak ada yang memesongkan dan menyelewengkan walau bagaimana kaedah dan usahanya. Sudahkah kita lupa cerita kisah keteguhan hati Bilal ibni Robah seperti teguh batu yang menghenyah dadanya?. Sahabat agung ini dipaksa supaya kembali kepada ajaran berhala. Beliau enggan lalu disiksa. Beliau disalai ditengah padang pasir. Tubuhnya ditindih dengan batu. Betapa keras batu yang menindih batang fizikalnya, teguh lagi hatinya beriman kepada Allah dan rasulnya. Betapa membahangnya cahaya mentari yang memanggang batang fizikalnya, maka lagi membara kecintaannya kepada Allah dan nabinya. Lidahnya tidak henti-hentinya, menutur, "Ahad., Ahad..Ahad.." yang membawa erti, "Yang Maha Esa, Yang Maha Esa..Yang Maha Esa..". Begitulah hakikatnya hidayah , segalanya terletak pada Allah. Dan kita, tekunlah berdoa kepada Allah supaya hidayah terus subur membara bertapak pada hati-hati kita semua.
Kedua: STOP TERUS DARI MELAKUKAN MAKSIAT
Selepas berdoa, langkah seterusnya supaya, hidayah terpelihara ialah- berhenti terus daripada melakukan maksiat. Ini dilakukan dengan penuh keazaman dan keteguhan hati. Sikap berhenti terus secara keselurhnannya, ini perlu digenggam demi menghindarkan diri kita daripada semakin lemas dengan perbuatan dosa. Beringatlah!..sekali kita dihanyutkan oleh arus dosa, sukar sekali bagi kita menyelamatkan diri daripadanya. Sama keadaannya, dengan orang yang ketagihan dadah. Mereka mengaku betapa menyesalnya terjebak dengan dadah, bahkan menangis, dia berharap dapat berhenti daripada terus mengambil najis dadah ini. Selepas beberapa lama, mereka tidak tahan menahan siksa ketagihan, sekali lagi mereka mengulangi Dan, sekali lagi mereka menyesal. Penyesalan sahaja tidak cukup, bagi mengeluarkan dan membebaskan diri daripada melakukan perkara maksiat dan berdosa itu.Tidak ada cara lain, kita perlu berkeras hati supaya berhenti terus dari melakukan perbuatan terburuk itu. Jangan sekali-kali selepas itu menoleh kisah lampau kita, yang menuju ke jurang binsa itu. Tabahkan hati, terus melangkah ke depan menuju redha Allah S.W.T. Hanya dengan ketabahan, keteguhan dan keazaman hati inilah, hidayah dalam dada kita sentiasa terpelihara.
Ketiga dan terakhir: INGAT MATI
Sentiasa mengingat mati memantapkan hati supaya hidayah terpelihara. Mati bertandang tanya memberitahu. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja ia akan berlaku. Bayangkanlah... apabila maut menjengah dan pada waktu itu kita sedang bergelumang dengan maksiat-maksiat serta iman kita mereput dengan dosa dan derhaka kepada Allah. Mengingati mati, bukanlah menambahkan kerunsingan jiwa dan menyerabutkan lagi hati. Bahkan sebaliknya, ibadah kita menjadi lebih berkualiti dan pergaulan kita dengan orang lain, lebih bererti dan terpellihara. Apabila diingat-ingatkan mati, kita berasa tawar hati untuk melakukan maksiat, dosa dan melakukan kezaliman. Kita bimbang maut menjemput kita sebelum sempat kita bertaubat....
Wallahu a'lam.
Posted by syurgafirdausi at 2:26 PM 0 comments
Thursday, August 19, 2010
PILIHLAH JALAN Bahagia
PILIHLAH JALAN BAHAGIA
Untuk sihat dan bahagia, 10 tip atau petua boleh diamalkan:
1. BERIMAN
Satu hadis dari Muslim, dari Abu yahya Shuhaib Ibn Sinan , katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:"Memang sangat menghairankan keadaan orang mukmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan kepada dirinya dan ini tidak berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila beroleh kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu adalah kebaikan kepadanya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka pada yang demikian itu juga kebaikan kepadanya".
2. JANGAN SIBUKAN DIRI DENGAN MASA DEPAN
Masa depan masih berada di alam ghaib. Jangan terlalu risau memikirkannya, kerana ia akan datang jua dengan izinNya. Firman Allah: "Ketahuilah!, bahawa wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berdukacita",(Yunus, 62).
Maksud tiada kebimbangan adalah tiada kebimbangan terhadap perkara-perkara yang belum berlaku. Manakala maksud, tiada berdukacita, adalah bererti- tiada susah hati pada perkara yang sudah berlalu.
3. LUPAKAN MASA LALU
Semua yang telah berlaku disebabkan perhatian yang terpaku kepada peristiwa silam, merupakan suatu kebodohan dan kegilaan.
4. QADAK DAN QADAR
Pelu disedari bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah S.W.T.
5. Jangan terlalu mengharap ucapan terima kasih daripada manusia (orang lain).
6. HAKIKAT SESUATU
Semua yang berlaku pada diri kita pada hakikatnya adalah yang terbaik pada neraca pandangan Allah.
7. Ingatlah, bahawa sesungguhnya, pada setiap KESUSAHAN itu ada KEMUDAHAN/KESENANGAN.
8. JANGAN BERPUTUS ASA ATAU KECEWA
Jangan cepat atau lekas berputus asa atau kecewa dikeranakan perkara-pwrkara yang remeh-temeh. Kerana syaitan amat suka kepada orang yang putus asa, kerana boleh dijadikan kawan seiring sejalan masuk ke neraka Allah, nauzubillah.
9. BERZIKIR
Berzikirlah kepada Allah S.W.T. dengan sebanyak-banyaknya, nescaya anda akan memperoleh ketenangan dan kedamaian hati sebagaimana firman Allah:"Orang yang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Bahawa ketahuilah, sesungguhnya dengan ingat kepada Allah, hati manusia akan tenang dan tenteram"(Al-Ra'd: 28).
10. BERTAQWA
Jalan keluar kepada semua penyelesaian permasalahan sentiasa terbuka dengan syarat BERTAQWALAH kepada Allah. Firman Allah:"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyempitkan dan menyusahkan perjalanan hidupnya), serta memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak terlintas dihatinya".(Al-Talaq: 2-3).
Posted by syurgafirdausi at 3:46 PM 0 comments
Friday, July 30, 2010
Antara fikir dan zikir: sejenak merenung......
Allah S.W.T. memberikan rahmat dan kurnianya kepada sesiapa yang dikehendaknya. Allah menyelamatkan hambanya dari penindasan, penginayaan dan kezaliman. Allah juga yang memberikan kasih sayang dan kesejahteraan kepada sesiapa yang berada di alam semesta ini. Namun begitu Allah Azza Wajalla menjadikan doa sebagai perantara untuk mengubah takdir, sehingga setiap insan yang merindui kebenaran Illahi memohon dan bermunajat mengharapkan keampunan dan keredhaan daripadaNya. Rasulullah menjadikan doa sebagai senjata yang ampuh dan kubu yang kukuh serta tempat berteduh disaat suka dan duka. Maka selayaknyalah kita mengikut jejak langkah Rasul dalam bermohon dan berdoa kepada Illahi.
Dalam menghadapi kehidupan yang serba mewah dan canggih ini, ramai manusia tidak mampu membezakan garis pemisah antara kebenaran dan kekeliruan. Bagi jiwa yang tidak mendapat nur hidayah atau cahaya petunjuk, mereka menganggap kebenaran itu bagai ranjau-ranjau yang berduri. Sebaliknya, mereka merasakan bahawa kesesatan dan kekeliruan itu bagaikan taman indah yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni.
Para hamba Allah adalah mereka yang patuh dan sujud hanya kepada Allah S.W.T. Jiwanya merindui kebenaran, keperibadiannya indah dan mulia, lidahnya hanya menyebut yang haq, tidak berkata melainkan kebenaran semata. Sebaliknya hamba syaitan itu tidak mampu membezakan antara kilauan permata dan sinaran kaca. Bagi mereka kesesatan itu bagaikan meneguk air ketika dahaga. Firman Allah: "Perbandingan kedua golngan itu iaitu orang-orang kafir dan orang-orang mukmin, seperti orang buta tuli dengan orang yang dapat melihat dan mendengar"(HUD: 24).
Iman menumbuhkan tunas semangat dalam setiap langkah dan perjuangan seorang insan kerana ia merupakan cahaya makrifatullah yang menguak tabir hitam dalam kalbu. Dari situ tumbuh subur cita-cita dan harapan kerana sesungguhnya kehidupan ini merupakan kumpulan keinginan dan hasrat untuk memperolehi kebahagiaan. Bagi insan yang berpegang pada dahan yang kukuh, maka ia akan memperoleh kenikmatan untuk berpaut dan berteduh.
Rasa rindu yang mendalam mencengkam dalam relung hati insan yang memperoleh nur hidayah. Segenap jiwa dan raga tertumpu kepada harapan untuk memperoleh redha Allah dan gementar dengan kemurkaanNya. Sesungguhnya bertaqarrub kepada Illahi, dengan panduan dan pedoman yang diberikanNya akan menjadikan seseorang sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
Tiada kenikmatan yang lebih bererti melainkan dapat menikmati kelazatan dan kemanisan dalam bermujahaddah kepada Allah dengan menempuh jalanNya. Semuga belum terlambat untuk kita berusaha segenap upaya dengan harapan beriring doa bagi menggolongkan diri sebagai hamba dan kekasih Allah, insan terpimpin dan terpilih sebagai penghuni taman syurgawi di akhirat kelak.
Posted by syurgafirdausi at 4:36 AM 0 comments
Sunday, June 6, 2010
Siapakah yang memperkenankan Doa orang yang Dalam Kesulitan, Apabila dia berdoa PadaNya".
Siapakah yang akan menghilangkan petaka dan mara bahaya? Siapakah yang dipohon pertolongannya ketika petaka dan mara bahaya datang? Siapakah yang dirayu perlindungannya oleh sekalian makhluk? Kepada siapakah manusia akan kembali? Kepada siapakah manusia meminta? Siapakah yang selalu diingat oleh manusia? Siapakah dia yang Maha Esa?
Cuba lontarkan segala persoalan-persoalan tersebut ke lubuk kalbu kita. Cuba telusuri segala persoalan itu dengan minda yang tenang, agar dapat kita temui segala jawapannya. Andai itu boleh kita lakukan, nescaya kita akan lebih mengerti siapa diri kita dan untuk apa kita dihadirkan ke dunia ini.
Dia adalah Allah yang tiada Tuhan selainNya. Merupakan kewajipan kita semua untuk selalu berdoa dan meminta kepadaNya baik dalam keadaan terhimpit atau pun lapang, senanag atau susah. Kita meminta bantuanNya agar dia menghindarkan kita dari kebingungan, meminta bantuanNya ketika ada bencana dan bergabung bersama orang yang memohon dengan penuh tangis dan harap di pintuNya untuk mendapatkan keampunan dan rahmatNya.
Ketika itu, akan datang kepada kita bantuannya, akan datang pertolongannya, akan datang kepada kita kelapangan daripadaNya. Dia akan menghamparkan jalan keluar bagi kita, menyelamatkan kita, mengembalikan yang hilang, menghilangkan segala mara bahaya, membantu yang dizalimi, mengembalikan yang tersesat, menyembuhkan yang sakit dan melapangkan yang susah. Firman Allah: "Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya"(Al-Ankabut: 65).
Saya tidak akan menyusun satu persatu untaian doa-doa untuk menghilangkan segala kecemasan, kegundahan dan kesedihan anda. Cukuplah anda sendiri cari lafaz-lafaz doa dari Al_Quran dan hadis yang banyak dibukukan yang dijual di kedai-kedai toko buku. Ataupun anda berdoa menggunakan bahasa anda sendiri yang anda faham ertinya, kerana Allah itu Maha Tahu semua bahasa manusia.
Jika anda menemukan jalan menuju Allah, ini bermakna anda telah menemukan segala-galanya. Namun jika anda kehilangan keimanan dalam diri anda, itu ertinya anda telah kehilangan segala-galanya. Demikianlah hakikatnya. Demikianlah yang harus kita selalu ingat dan insafi pada setiap perjalanan hidup kita di muka bumi ini.
Jika anda menyeru Tuhan anda, itu sudah merupakan salah satu bentuk ibadah dan ketaatan merupakan cara kedua untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Seseorang bebas untuk berdoa, tanpa rasa takut, cemas, sedih dan merasakan tekanan. Firman Allah: "Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapka Allah untuk kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman itu harus bertawakkal".(AT-Taubah: 51).
Setiap tali akan putus kecuali tali Allah. Setiap pintu akan tertutup kecuali pintu menuju Allah. Setiap jalan akan roboh kecuali jalan yang melorongkan kita kepada Allah. Setiap jambatan akan runtuh kecuali jambatan yang menghubungkan kita dengan Allah. Allah adalah Tuhan yang Maha Dekat, Maha Menjawab permintaan hambaNya dan Maha Mendengar. Firman Allah:"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya. Dan yang menghilangkan kesusahan",(An-Naml: 62).
Dia menyuruh kita yang lemah, fakir dan selalu memerlukannya untuk berdoa kepadaNya Yang Maha Kaya, Maha Kuat dan Maha Mulia. Ini kerana upaya yang kita miliki selamanya terhad. Segala tenaga yang kita miliki selamanya bersempadan. Segala kebijaksanaan yang kita miliki selamanya terbatas. Segalanya tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada kita melainkan diiringi izin dan perkenanNya. Justeru, mohonlah kepadaNya setelah segala usaha dan ikhtiar kita lakukan sehabis kemampuan kita. Jangan sesekali lupa untuk berdoa dan bermohon kepadanya kerana itu tanda betapa kita sentiasa menginsafi tentang kekuasaan dan keagunganNya. Firman Allah: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu". (Ghafir; 60).
Jika kesusahan telah hilang, jika kebahagiaan telah datang maka berzikirlah selalu kepadaNya, memujinya tanda kita bersyukur dan berterima kasih di atas segala pertolongan dan kurniaanNya. Mintalah bantuanNya, mohonlah pertolonganNya, sentuhkanlah kening anda di hamparan sejadah untuk memuliakanNya, sentuhkanlah hidung anda ke tanah bersujud sebagai tanda penghambaan diri kepadaNya. Semua ini bertujuan agar anda mendapatkan kejayaan yang lebih besar. Bentangkanlah tangan anda, angkatlah kedua telapak tangan anda, gerakkanlah lidah anda, perbanyakkanlah permintaan kepadaNya kerana dia menyukai jika hambaNya berbuat demikian. Berdirilah di muka pintuNya, saksikanlah kelembutanNya, berbaik sangkalah kepadaNya, melangkahlah selalu kepadaNya hingga anda benar-benar hampir denganNya lantas mendapat kebahagiaan dan kejayaaan dalam hidup anda di dunia dan akhirat.
Posted by syurgafirdausi at 4:02 AM 0 comments
Saturday, May 22, 2010
katakanlah: "BERJALANLAH di MUKA BUMI..."
Antara cara melapangkan dada dan menghapus kesusahan adalah dengan bermusafir menuju desa ke desa, menempuh wilayah baru, melawat kota dan mengamati alam yang terbentang luas. Berjalan mengembara di muka bumi Allah ini boleh memberikan keinsafan kepada diri tentang kehebatan dan keagungan Allah. Hal ini dapat kita bina dalam diri dengan menyaksikan keagungan dan kekuatan yang digunakan untuk menuliskan ayat-ayat yang begitu indah di lembaran-lembaran alam. Saksikan kebun-kebun yang begitu indah dan taman-taman yang anggun serta kehebatan ciptaan yang melata di muka bumi ini dengan hati yang sentiasa menginsafi hakikat kejadian kita sebagai hambaNya.
Keluarlah dari rumah anda dan amatilah apa yang ada di sekeliling anda, di depan dan di belakang anda. Dakilah gunung-gunung, turunilah lembah-lembah, panjatlah pepohonan, teguklah air yang jernih dan letakkanlah hidung anda di pepohonan yang wangi. Saat itu juga anda akan merasakan roh berterbangan bagaikan burung yang bernyanyi gembira. Keluarlah dari rumah anda, singkaplah tabir hitam yang menutup kedua mata anda dan kemudian berjalanlah di muka bumi Allah yang sangat luas ini seraya berzikir dan bertasbih.
Menyendiri di ruangan yang sempit dengan kekosongan jiwa merupakan cara ampuh untuk bunuh diri. Kamar anda bukanlah alam dan anda bukanlah manusia yang lain. Kenapa anda membiarkan diri anda berenang dalam lautan kesedihan. Bukalah mata, pendengaran dan hati anda. Biarkan segalanya mencicip keagungan ciptaan Illahi ini. Mudah-mudahan ia boleh meneguhkan lagi tugu keimanan dan benteng ketaqwaan di dalam diri kita. Lantas ia akan mendekatkan lagi kita kepada Allah, lewat kembara kita dalam mencari keredhaanNya. Firman Allah:"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat" (Taubah: 41).
Lantunkanlah ayat-ayat Al-Quran di sepanjang perjalanan anda, antara burung-burung yang menyanyikan lagi cinta dan air yang menceritakan kisah perjalanannya dari anak bukit. Biarkan ayat-ayat suci itu menjadi irama indah yang mengiringi setiap jejak katih perjalanan kita.
Melalui perjalanan di hamparan bumi ini merupakan wasiat para doktor terhadap orang-orang yang mengalami tekanan jiwa dan orang yang merasa ruangan yang dihuninya begitu sempit. Maka marilah kita melakukan perjalanan agar kita bahagia, berfikir dan mentadabburi firman Allah bermaksud:"Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):"Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka",(Al-Imran: 191).
Posted by syurgafirdausi at 3:24 AM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Solat! Solat!! Solat !!!
Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-baqarah: 153).
Apabila ketakutan melanda perasaan, kesedihan menyerbu anda dan kegelisahan menyelimuti anda, maka bersegeralah berdiri untuk melakukan solat. Dengan izinNya, jiwa anda akan menjadi tenteram dan hati anda akan kembali damai. Ini kerana, solat merupakan wadah terbaik untuk menghancurkan bangunan kesedihan dan kegelisahan. Rasulullah bila ditimpa kesedihan, baginda akan berkata:"Istirehatkanlah kami dengan solat wahai Bilal".
Betapa solat itu adalah pintu ketenangaan tidak boleh dinafikan. Betapa hakikatnya solat itu adalah penawar paling mujarab untuk menyingkirkan segala perasaan negatif yang melanda jiwa. Solat merupakan penglipur lara dan inspirasi kebahagiaan baginda Nabi. Kita lihat bahawa Allah mensyariatkan solat khauf ketika ketakutan menghampiri kita. Begitu pun ketika kita diserang oleh musuh dan nyawa kita berada di hujung pedang. Dengan demkian kita akan mendapatkan kekuatan, ketenangan dan keredhaan dariNya.
Jadi, hendaklah seseorang yang mengalami tekanan jiwa selalu mendekatkan diri dengan masjid dan selalu meletakkan dahinya di tempat sujud agar dia mendapat redha Tuhannya dan jiwanya terbebas daripada siksaan batin yang menghimpit. Jika tidak, maka air mata akan selalu menggenangi kelopak mata dan kesedihan akan selalu meliputi urat saraf. Seseorang tidak akan memiliki kekuatan yang akan menghantarkan nya kepada ketenangan dan rasa aman kecuali dengan solat.
Nikmat yang paling besar jika kita menyedarinya adalah solat lima waktu sehari semalam. Ia merupakan sarana penghapus dosa-dosa kita dan akan mengangkat darjat kita. Solat juga akan memperbaiki keadaan diri kita, memberikan rasa aman dan ketenangan kepada kita, lantas merupakan penawar terbaik untuk diri kita dan jiwa kita agar terhindar daripada pelagai penyakit fizikal mahupun hati. Solat juga akan memberi keyakinan kepada kita. Justeru, hampirkanlah diri kita dengan masjid lantas jadikanlah solat amalan rutin agar segala fadhilatnya dapat meresap ke seluruh jasad dan jiwa kita.
Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka akan selalu berpindah dari satu kegelisahan kepada kegelisahan lain, dari satu kesedihan kepada kesedihan lain dan dari satu kesulitan kepada satu kesulitan lainnya. justeru, hakikat solat itu tiang agama memang jelas. Dengan solat hidup beragama kita dapat disempurnakan. Juga melalui solat, jasad dan roh kita dapat mencapai ketenangan dan terhindar daripada segala perkara negatif. Lantas jasad akan sentiasa cergas, minda akan sentiasa cerdas dan roh akan sentiasa mapan.
Posted by syurgafirdausi at 7:03 AM 1 comments
Saturday, May 1, 2010
Kisah Pramugari dan ULAMA...
Seorang ulama sedang berada di atas sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu sembahyang, dia pun (ulama)ke tandas untuk berwuduk (mengambil air sembahyang). Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu semasa berwuduk. Sedang beliau mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki, seorang pramugari yang cantik telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Maka terjadilah dialog berikut.
PRAMUGARI: (Dengan suara yang agak keras). Tuan tidak boleh masukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab akan mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!!!
ULAMA: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri). Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?
PRAMUGARI: (Dengan lagak angkuh).Huh!! Dua atau tiga kali sehari!!!
ULAMA: (Dengan sifat bersahaja). Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!!!.
Posted by syurgafirdausi at 6:47 AM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
Kesulitan Mengawal Hati
"Manusia asyik mencari yang indah dan sempurna sedangkan kesempurnaan hanya ada pada Allah. Selagi tidak nampak kesempurnaan Allah, selagi itu hati tidak akan lapang"
ANGGAPLAH YANG pahit sebagai ubat. Badan tidak akan sihat tanpa ubat. Anggaplah yang manis sebagai minuman air buah-buahan yang menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan. Anggapan seperti ini boleh menghapuskan rasa cemas akan ujian dan melahirkan rasa syukur dengan nikmat dan kemenangan.
Di dalam hidup ini, jihadun nafs (jihad melawan nafsu)sangat penting. Maksudnya, mengawal hati daripada tersasul dengan perasaan-perasaan yang salah seperti rasa kecewa apabila gagal dan perasaan bangga diri apabila berjaya.
Mengawal hati lebih sulit daripada mengawal kerbau dan lembu. Hati itu bertukar-tukar dan berbolak-balik seperti balak di tengah laut di pukul ombak. Mana pernah diam. Sepatutunya 90% daripada fikiran kita difokuskan kepada gerakan hati. Hati itu hanya dapat dikawal dengan ilmu berperantaraan akal fikiran. Ilmu adalah lampu penyuluh akal fikiran yang mengemudikan hati ke destinasi yang tepat iaitu hingga bertemu dengan Tuhannya.
Hati yang sentiasa bertemu muka dengan Tuhannya tidak akan memandang akan yang lain kerana yang lain daripada Tuhan serba kekurangan dan kecacatan. Allah sahaja yang Maha Indah dan Maha Sempurna.
Dalam hidup ini manusia ingin mencari yang indah dan yang sempurna. Manusia tidak akan bertemu dengan ini semua. Manusia akan melihat kepada yang lain, yang serba kekurangan. Manusia hanya akan bertemu kesempurnaan itu pada Allah yang bersifat Jamal dan Kamal.
Bila sudah bertemu dengan yang paling sempurna dan paling indah, manusia tidak berkehendak kepada yang lain lagi. Sudah cukup dengan itu saja. Segala kekurangan dalam hidup tidak jadi masalah. Hal inilah yang membuahkan qannah dan zuhud. Barang siapa kenal diri, akan kenal Tuhannya. Barang siapa yang kenal dunia, akan zuhud daripadanya.
Zuhud itu ialah sunyi hati daripada terpaut dengan dunia. Hatinya sepi terhadap dunia seperti sepinya waktu jauh malam dan dinihari, bagaikan tiada berlaku apa-apa. Suasana hati seperti inilah yang dicari oleh orang dunia dan orang akhirat, tetapi yang dapat mencapainya hanya segolongan kecil sahaja iatu ahli zuhud. Wallahu a'lam.
Posted by syurgafirdausi at 5:19 AM 0 comments
Friday, March 12, 2010
Offline dengan Syaitan: Ketika remang SENJA
Syaitan tidak mahu manusia menyembah Allah. Pelbagai cara dilakukan oleh syaitan bagi melengah-lengahkan manusia daripada mengingati Allah. Antara waktu kesukaan syaitan bagi melengah-lengahkan manusia adalah waktu senja.
Waktu senja adalah waktu syaitan berpesta. Pada waktu ini syaitan membisikan rasa seronok ke dalam hati manusia supaya keluar rumah. Syaitan mendorong manusia turut sama berpesta di luar rumah seperti pergi ke pasar-pasar ataupun berkumpul bersama jiran dan kawan-kawan sambil berbual-bual. Dengan cara ini, manusia menjadi lalai daripada mengerjakan sembahyang Magrib yang tempoh waktunya sangat singkat.
Junjungan Baginda nabi Muhammad S.A.W. tidak menggalakkan umatnya keluar rumah pada waktu senja melainkan bagi tujuan tertentu seperti pergi ke tempat kerja atau ke masjid. Beliau juga melarang kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu senja kerana dibimbangi syaitan menganggunya. Malah semua pintu dan tingkap rumah hendaklah ditutup. Perkara ini sudah menjadi amalan tradisi orang Melayu yang diwarisi sejak turun temurun.
ADA APA DENGAN SENJA?
1. Waktu senja perlu diberi perhatian memandangkan kepada waktu Magrib yang merupakan waktu paling singkat berbanding waktu-waktu sembahyang yang lain. Bagi yang prihatin, waktu senja mesti diberi perhatian agar bersedia dan takkan dibiarkan terlepas.
2. Justeru ada baiknya tuan punya restoran, pasaraya dan gerai pasar malam memberikan peringatan kepada pelanggan supaya mendirikan solat Magrib. Ada bagusnya, meja-meja di restoran di tampal poster kempen 'Jom Sembahyang' sebagaimana iklan komersil yang brsungguh-sungguh mahu menbuat pemasaran.
3. Kita juga harus adi. Kempen 'Jom Sembahyang' perlu lebih hebat berbanding kempen 'Jom Zakat'. Banyak wang dibelanjakan untuk kempen 'Jom Zakat' berbanding kempen 'Jom Sembahyang'- barangkali kerana zakat menberikan pulangan sedangkan pulangan daripada solat sukar untuk disukat. Namun, bukankah solat itu nombor SATU, zakat jatuh nombor dua?
Nabi Muhammad S.A.W. pernah memberi nasihat supaya pintu rumah ditutup menjelang senja. Jelas beliau, pada waktu Magrib syaitan banyak berkeliaran di luar rumah. Ibu bapa diminta memanggil anak-anak masing-masing masuk ke dalam rumah, kemudian bersegera mengambil wuduk dan menyebut nama Allah- termasuk azan, mendirikan solat dan membaca Al-Quran (HR Muslim).
Posted by syurgafirdausi at 6:07 AM 1 comments
Tuesday, March 2, 2010
Relung Cahaya: Syurga Adalah Abadi
Hendaklah kita ketahui bahawa kematian itu hanya sekali saja, iaitu di dunia ini. Kematian tidak akan berlaku berulang kali. Setiap kita pasti mati, tidak sesiapa pun yang tidak mati. Dunia pada akhir zaman ini, lazimnya manusia jangka hayatnya antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Jika ada yang berlebih pun hanya beberapa tahun sahaja. Jarang-jarang yang dapat mencapai usia 80an walaupun dia bercita mahu hidup 'seribu tahun lagi...'.
Hidup yang abadi ialah di akhirat. Berbahagialah yang mendapat balasan di syurga. Sementara celakalah mereka yang menjadi penghuni neraka. Allah berfirman:"Dan adapun orang-orang yang berbahagia, maka mereka ditempatkan di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya"(Hud: 108).
Nabi S.A.W. ada bersabda,"Penyeru berkata,'Kalian akan selalu sihat dan tidak akan terkena penyakit selamanya, selalu hidup dan tidak akan mati selamanya, selalu dalam usia muda dan tidak akan menua selamanya, serta kalian selalu mendapat nikmat dan tidak akan diseksa selamanya". Hal ini sesuai dengan firman Allah bermaksud,"Dan diserukan kepada orang-orang yang beriman, inilah syurga yang diwariskan kepadamu kerana apa yang telah kamu kerjakan" (Al-A'raaf: 43).
Dari Abu Said Al-Kudri r.a. ia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Kematian di datangkan pada Hari Qiamat, seakan-akan ia seperti kambing kibas yang dihias elok dan berhenti di antara syurga dan neraka. Dikatakan, "Hai ahli syurga, apakah kalian mengetahui apa ini?".Kemudian mereka melihat dan berkata,"Benar, ini adalah kematian". Kemudian dikatakan, "Hai ahli neraka, apakah kalian mengetahui apa ini?". Kemudian mereka melihatnya dan berkata,"Benar, ini adalah kematian". Kemudian mereka diperintahkan untuk menyembelihnya, dan Allah S.W.T. berkata kepada mereka,"Wahai ahli syurga, kalian akan abadi dan tidak akan mati, dan wahai ahli neraka, kalian akan abadi dan tidak akan mati. Kemudian Rasulullah S.A.W. membaca ayat,"Dan berilah mereka ancaman tentang hari penyesalan, iaitu ketika diselesaikan segala urusan mereka, sedang mereka (sekarang ini) dalam keadaan lalai sedang mereka tidak beriman" (Maryam: 39).
Posted by syurgafirdausi at 2:53 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Sentuhan: IT untuk 'IIm Technology
Ada kebenarannya kritikan keras Prof.Mark Bauerlein dalam bukunya "The Dumbest Generation: How the Digital Age Stupefies Young Americas and Jeipardizes Our Future, or Dont't Trust Anyone Under 30' pada golongan muda kini. Beliau melihat bagaimana era digital 'mentololkan' generasi muda khususnya di negaranya sendiri iaitu Amerika syarikat. Beliau antara lain mengemukakan hujah statistik penurunan 'adult literacy' dan peningkatan 'geographic cluelessness' bagi mendokong tesis 'The Dumbest Generation' yang dimuatkan dalam buku itu. Buku itu menyifatkan zaman digital hanya menyibukan generasi muda dengan chatting, bermain permainan internet dan lain-lain berbanding membaca online , mengikuti perkembangan politik dan mematuhi etika kerja yang ketat.
Hal ini turut disuarakan dalam sebuah blog di USA yang mendakwa kelompok ini sebagai lebih sibuk dengan Facebook berbanding dengan CNN. Maksudnya, lebih ramai kelompok muda mengambil maklumat sampah darpada internet, sebaliknya tidak memperdulikan maklumat yang penting dan besar impaknya terhadap masyarakat, negara dan dunia. Tidak dapat dinafikan, ramai yang begitu obses mahu mengetahui maklumat perkembangan teman-teman menerusi e-mel, Facebook berbanding mengetahui berita-berita samada dari tanahair atau internasional. Tidak dapat dinafkan, ada rasa kekosongan apabila sudah lama tidak dapat menatap isi internet. Malangnya, rasa kekosongan ini melebihi rasa kekosongan sekiranya tidak membaca Al-Quran, buku hadis, buku-buku agama dan juga buku-buku ilmiah.
Oleh sebab itu, dalam era Teknologi Maklumat IT sedang meledak, ramai ulama memberi takzirah dan refleksi. Antara lain mereka membicarakan soal perbezaan darjat ilmu dan maklumat, soal implikasi kepada umat dan sebagainya. Adalah diakui kini, maklumat lebih diutamakan berbanding ilmu. Ilmu dalam Islam bererti ilmu yang boleh mengenal Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Hanya orang yang berilmu takut kepada Allah.
Dalam konteks offline dengan syaitan, Ibnu Qayyim menerusi kitab 'Talbisul-iblis' memberi isyarat, betapa pentingnya ilmu. Malah beliau mengingatkan bahawa syaitan sering berusaha menghalangi pencarian ilmu. Kerana syaitan tahu, orang yang berilmu sukar diperdaya berbanding orang yang jahil. Nabi ada bersabda, "Siapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu, nescaya Allah mempermudahkan padanya jalan ke syurga" (HR.Muslim). Allah berfirman bermaksud "Sesnugguhnya yang takut kepada Allah, hanyalah hamba-hambanya yang berilmu" (Al-Fathir,28).
Posted by syurgafirdausi at 5:10 AM 0 comments
Saturday, February 13, 2010
Renungan: Biarkanlah MASA DEPAN Datang Sendiri
Allah berfirman: "Telah pasti datangnya ketetapan Allah. Maka, janganlah kamu meninta agar disegerakan kedatangannya"(an-Nahl: 1). Jangan mendahului apa yang akan terjadi. Apakah anda ingin melahirkan anak sebelum waktunya? Atau memetik buah sebelum matang?. Masa depan merupakan sesuatu yang masih samar-samar dan belum pasti wajahnya. Ia tidak memiliki aroma,bentuk, rasa, dan warna. Jika demikian, kenapa kita harus menghabiskan waktu untuk memikirknnya, resah terhadap musibah yang belum pasti dan berfikiran bahawa musibah akan menimpa? Padahal kita tidak tahu apakah kita akan diberi kesempatan untuk bertemu dengannya!.
Walaupun ia sebuah kebahagiaan, keindahan dan ketenteraman tapi ia masih di alam ghaib, belum menyentuh dunia, belum kita rasakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Oleh sebab itu jangan sekali-kali membuat jambatan untuk sampai kepada sesuatu yang ghaib. Siapa tahu, ternyata dalam usaha pembuatan jambatan tersebut kita meninggal dunia atau jambatan yang cuba kita bangunkan itu roboh begitu saja.
Tidak ada yang mengetahui yang ghaib, melainkan Allah. Tunggulah, masa depan pasti akan datang. Oleh sebab itu, nikmatilah hari ini dengan kebahagiaan, agar hidup anda boleh bermakna. Agar hari ini yang mengisi ruang waktu usia kita menjadi hari yang indah dan mampu memberikan sinar kebahagiaan buat kita. Menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan masa depan, membaca buku-buku ramalan, dan kemudian berkeyakinan akan munculnya mukjizat merupakan hal yang dilarang oleh syariat. Meramal sesuatu yang tiada sesiapapun mengetahui kecuali Allah, Yang Maha Mengetahui, adalah satu dosa yang boleh mencacatkan perjalanan kita pada hari ini.
Sewajarnya hari ini yang sedang kita nikmati diisi dengan hal yang boleh mengganjari kita dengan pahala buat bekalan di akhirat kelak. Bukan dengan perkara-perkara yang boleh memalitkan noda dosa dalam catatan amalan kita. Hal itulah yang dinamakan dengan panjang angan-angan. Hal-hal seperti itu, termasuklah hal-hal yang dilarang dan tercela secara akal. Banyak orang di dunia ini melakukan hal yang demikian. Mereka telah membayang dan meramalkan akan terjadi kelaparan, kesedihan, kesusahan, musibah yang akan menimpa dan sebagainya. Mereka begitu menjadi 'hebat' hingga mampu menentukan apa yang bakal terjadi sedangkan upaya mereka sebagai hamba Allah amatlah terbatas. Padahal yang demikian merupakan tipu daya iblis yang selalu ia bisikan kepada manusia. Firman Allah,"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan dan kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia" (al_Baqarah: 268).
Banyak orang yang menangis kerana khuatir esok harus kelaparan ataupun mereka menangis kerana setahun lagi akan dilanda kesakitan atau berfikiran kiamat akan datang setelah seratus tahun yang akan datang dan sebagainya. Ramalan karut ini membuatkan hidup mereka tidak tenteram, bahkan ia memberi pengaruh negatif kepada kehidupan harian mereka. Jiwa khuatir mereka terkadang akan menyebabkan rasa putus asa ,lemah semangat, hilang keyakinan diri, gundah, risau dan sebagainya. Ini akan menyebabkan hidup mereka menjadi tidak tenteram. Semestinya, seseorang yang tidak tahu bila maut akan menjemputnya tidak boleh sibuk dengan urusan yang belum tentu ada wujudnya.
Dengan kata lain, berkeyakinan terhadap sesuatu yang masih dalam rahsia Allah SWT. Biarkanlah hari esok, hingga ia sendiri yang datang kepada anda. Jangan tanyakan keadaannya dan jangan membuang masa anda untuk menunggunya. Sebab anda harus sibuk dengan hari yang anda hadap sekarang. Jika anda hairan, maka seharusnya anda lebih hairan terhadap mereka yang menggantungkan kehidupannya kepada masa depan yang belum jelas mataharinya; apakah ia akan terbit atau tidak dan apakah ia akan merasakan hangat sinarnya atau tidak. Hati-hati jangan selalu panjang angan-angan.
Posted by syurgafirdausi at 10:26 PM 1 comments
Thursday, February 4, 2010
Perangai gopoh-gapah amalan keji syaitan
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Imam At-Turmuzi no.hadsi 2012 bermaksud,"Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan". Di dalam kitab 'La Tahzan' karya Dr.Aidh Abdullah aL-Qarani berkata: "Orang yang pintar jika ingin mengambil satu tindakan atau keputusan ia perlu mengkaji terlebih dahulu serta memikirkan segala akibat dan menimbang hasil baik buruknya. Kemudian barulah dilaksanakan tindakan atau keputusan dengan penuh ketetapan hati dan berhati-hati. Sikap seperti ini sudah tentu tidak akan melahirkan penyesalan di kemudian hari nanti. Seandainya sesuatu perkara terjadi sesuai dengan pengharapannya nescaya ia bersyukur kepada Allah dan jika yang berlaku adalah sebaliknaya ia menganggap sebagai takdir Allah serta redha menerima dengan tenang hati.
Syeikh Muhammad Soleh Al-Uthaimin pernah berkata, sifat tenang yakni tidak bergopoh dalam semua urusan kerana berapa ramai manusia binasa dan tersilap langkah dengan sebab gopoh-gapah dalam urusan hidup mereka. Ini samada menmindahksn berita atau khabar, menghukum apa yang didengar atau sebaginya.
Menurut kamus Dewan edisi ke 4, didefinisikan bahawa gopoh ialah- cepat-cepat, lekas-lekas, terburu-buru atau tergesa-gesa. Manakala kegopohan pula bererti, perihal tergesa-gesa atau terburu-buru.
Daripada Ibnu Abas r.a. Nabi SAW bersabda kepada Asyaj Abd.Al-Qais, bermaksud: "Sesungguhnya pada kamu terdapat dua sifat, Allah suka kedua-duanya. Lemah lenbut dan tenang".
Muawiyah Abu Suffian r.a. mempunyai ladang di Kota Madinah yang hampir dengan ladang Abdulah Zubair r.a. Pekerja Muawiyah menceroboh masuk ke ladang Abdullah . Ini menyebabkan beliau marah. Permusuhan di antara kedua sahabat memang sudah lama terpendam. Lalu dia menulis sepusuk surat kepada Muawiyah yang isinya:"Kepada Muawiyah bin Kindun, si pemakan hati (Hamzah Abd. Muttalib) pekerjamu telah menceroboh masuk ke kawasanku . Perintahlah ia supaya keluar sekarang juga dari kawasan ladangku. Demi Allah tiada Tuhan selain Dia, jika kamu tidak memenerintahkan keluar maka terimalah padah akan menimpa dirimu".
Muawiyah dikenali sebagai seorang yang berjiwa penyabar dan berjiwa besar. Sebaik saja menerima surat dia membaca dan kemudian memberikan kepada anaknya Yazid. Lalu dia meminta pendapat dan idea anaknya, bagaimanakah pendapatmu tentang isi surat Ibn Zubair yang telah memberi amaran kepadaku? Yazid menjawab," Kirimlah pasukan seramai mungkin dan pastikan mereka berjaya membawa kepala Zubair kepadamu. Tindakan Muawiyah hanya untuk melatih anaknya supaya sabar dan tidak panas baran dan terburu-buru. Muawiyah tidak setuju dengan tawaran anaknya malah dia brkata;"Aku akan membalasnya dengan cara yang lebih baik sehingga kita tetap menjalin hubungan silaturahim dengannya"
Kemudian Muawiyah mengirim sepucuk surat kepada Ibn Zubair yang kandungan suratnya:"Daripada Muawiyah Abu Suffian, kepad Abdullah al-Zubair bin Asma:"Selanjutnya demi Allah tiada Tuhan selain Dia, seandainya dunia ini hanya dimiliki oleh aku dan kamu, tentu aku akan memberikan semuanya kepada kamu. Seandainya ladangku terbentang dari Kota Madinah hingga ke Damsyik, nescaya aku akan menyerahkan kepadamu. Jika telah menerima surat ini maka ambillah ladangku itu sebagai bahagian dari milikmu dan jadikanlah pekerjaku itu sebagai pekerjamu".
Sebaik sahaja surat itu diterima dan dibaca oleh Ibnu Zubair, dia terus menangis sehingga air matanya membasahi surat itu lalu dia berangkat ke Damsyik untuk menemui Muaiwayah. Sesampainya di sana, dia mengucap salam dan mencium kepalanya, sambil berkata:"Semuga Allah tidak menghilangkan sifatmu yang penyabar. Inilah sifat yang aamt dibanggakan oleh bangsa Quraisy dan ternyata kamu mewarisi sifat yang mulia ini".
Firman Allah bermaksud,"Sesungguhnya, mereka (orang kafir) lebih menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang amat berat (hari akhirat). (Al-Insan: 27). "Sesekali janganlah demikian, sebenarnya kamu (wahai manusia!), lebih mencintai kehidupan dunia. Dan meninggalkan (kehidupan akhirat). (Al-Qiamah: 20 & 21). Wallahu'lam.
Posted by syurgafirdausi at 1:35 PM 1 comments
Monday, January 25, 2010
Beriman dengan Alam Ghaib: DARihal Neraka....
Adalah dikisahkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bertanya kepada malaikat Jibril berkenaan api neraka. Kata Nabi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku tentang api neraka". Maka Jibril pun berkata,"Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, dan andaikata api itu jatuh ke atas bumi walau sebesar lubang jarum, necaya akan terbakarlah bumi ini, dan tentang baju neraka pula andaikata disangkutkan antara langit dan bumi, nescaya akan mati semua penduduk bumi kerana bau busuk yang amat busuk". Kemudian Jibril berkata lagi,"Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi, nescaya akan mati semua penduduk bumi kerana bentuk mereka yang mengerikan, dan kalau satu gelang rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan terjerlus masuk ke tujuh petala bumi".
Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Jibril itu, maka baginda berkata:"Hasbi Ya Jibril! (cukuplah hai Jibril!), lantas baginda menangis dan malaikat Jibril pun turut serta menangis. Apabila Nabi melihat Jibril menngis, maka baginda pun bertanya kepada Jibril,"Wahai Jibril, mengapa kamu menangis, padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah S.W.T.?. Jawab Jibril,"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, meskipun kedudukanku sangat dekat dengan Allah S.W.T.; tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubahkan aku atau hendak menguji ku seperti mana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu".
Walaupun posisi malaikat Jibril sangat istimewa dan amat dekat dengan Allah, ia tetap menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Tetapi malangnya, manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dan warta berita dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah kerana azab Allah amat pedih dan dashyat . Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada faedahnya.
Posted by syurgafirdausi at 5:23 AM 3 comments
Friday, January 15, 2010
MAKAM MAHMUDAH: Mensyukuri nikmat Allah
Satu tindakan yang menyeluruh dan holistik amat perlu untuk menzahirkan rasa syukur. Oleh kerana itu, lisan, hati dan seluruh anggota badan perlu berganding bahu. Jadi kerahkan semuanya. Hati perlu takutkan Allah, mengharap keredhaannya, cintakanNya lebih dari yang lain yang membawa kepada melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya dalam setiap gerakerja. Lisan di bibir pula, sentiasa memperbanyakkan tasbih, tahmid dan takbir, menyebut-nyebut nikmat kurniaanNya serta sentiasa melafazkan hamdalah dan sebagainya. Di dalam surah Ibrahim ayat 7,Allah berfirman bermaksud:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmatKu kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya, maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih".
Bagaimmna kita hendak menzahirkan rasa syukur kita?
1. Menggunakan segala nikmat yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada pemberi nikmat (yakni Allah S.W.T.)
2. Merasa cukup dengan nikmat yang sedikit dan terus berusaha jangan putus asa
3. Berkongsi dan memberi apa saja yang berupa kebendaan atau nasihat
4. Apabila ditimpa musibah, bersabar dan sekiranya dilimpahi nikmat dia bersykur.
Rasa syukur perlu ditanam, terus dipupuk dan disuburkan. Bagaimana menyuburkan benih-benih syukur?
1. Bayangkan bahawa dunia ini terlalu kecil (di dalam satu genggaman tangan malaikat Iszrail)jika dibandingkan dengan akhirat. Oleh sebab itu, nikmat yang kecil atau besar pasti tidak seberapa jika dibandingkan dengan nikmat di "sana"
2. Ucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal' pada setiap akhir natijah
3. Tahu dan sedar siapa sebenar pada hakikatnya, yang Pemberi nikmat itu
4. Apabila berterima kasih kepada manusia, katakanlah "Jazakallah" (bagi lelaki) dan "Jazakillah" (bagi wanita).
Jika ingin nikmat ditambah-tambah oleh pemberi rezeki, maka bersyukurlah. Syukur perlu diluahkan melalui rasa hati, gerak lidah dan ikhlasnya seluruh anggota fizikal badan.
Posted by syurgafirdausi at 5:10 AM 1 comments
Monday, January 11, 2010
Tujuan Hidup Muslim
Kebanyakan manusia tidak memahami tujuan hidup ini. Kegagalan ini menyebabkan mereka terumbang-ambing dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada dirinya dan orang lain. Allah S.W.T. dalam Al-Quran telah memberi panduan kepada manusia. Firman Allah,:"Dan ingatlah Aku telah menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu"(AD-Dzaariyaat:56). Cukup jelas menurut ayat ini tujuan sebenar hidup amanusia adalah untuk menyembah Allah dan manusia harus menjadi milikNya. Apabila manusia sudah menjadi hak dan milik Allah S.W.T., manusia tidak memiliki hak untuk menetapkan sendiri tujuan hidupnya. Bahkan hidup dan mati manusia juga berada di bawah kuasa Allah S.W.T.,dan manusia tidak menpunyai kuasa sedikitpun untuk menentukannya. Dialah yang paling berhak untuk menetapkan suatu tujuan kepada manusia. Tidak peduli apakah manusia mengerti atau tidak mengerti tujuan itu.
Namun begitu, Allah S.W.T. telah menciptakan serta menganugerahkan kemampuan yang cemerlang dan lebih tinggi kepada manusia berbanding dengan seluruh haiwan tetapi seluruh kemampuan ini harus digunakan untuk menyembah Allah dan meraih makrifatNya. Sebagaimana Allah berfirman:"Agama yang didalamya terdapat makrifat yang benar tentang Tuhan dan penyembahan terhadapNya dalam bentuk yang terbaik, adalah Islam",(Al-Imran:19). Islam telah ditanamkan di dalam fitrah manusia (Ar-Ruum:30). Yakni, Dia, telah menghendaki agar manusia dengan segala kemampuannya terus menerus menyembah, mentaati dan mencintaiNya. Itulah sebabnya, Sang Maha Kuasa dan Maha Mulia telah menganugerahkan kepada manusia seluruh kemampuan yang selaras dengan Islam.
Sesungguhnya tujuan sebenar dalam kehidupan manusia adalah untuk mendapatkan makrifat Illahi dengan mnyembah Allah S.W.T. dan mencintaiNya. Tetapi kini, kebanyakan manusia pada hari ini tidak memahami tujuan hidup, mereka berkelana dalam keributan kesibukan duniawi yang menyesatkan, mereka mengejar kemewahan dan keseronokan duniawi sehingga menjadi buta untuk menemui kebahagiaan sejati. Namun begitu, disebabkan fitrah manusia adalah Islam telah menyebabkan jiwanya sentiasa meronta-ronta dan mengecam dirinya, setiap kali ia melakukan pelanggaran dan dosa, hati nuraninya tidak pernah bersetuju dengan tindakan-tindakannya yang kejam, penuh tipu muslihat dan curang. Hati nuraninya akan terus melawan tindakannya sehingga jiwa mereka tidak pernah tenteram dan damai, malah senyuman serta ketawa yang ditunjukkan sebenarnya penuh dengan kepura-puraan. Berbeza dengan manusia yang memahami tujuan hidup, mereka akan berlari dan bersungguh untuk mendekati dan taat kepada Allah S.W.T. sehingga mereka sanggup untuk melebur dan tenggelam di dalam kecintaan Allah dan tidak ada lagi yang tersisa miliknya, semua miliknya mahu dijadikan sebagai menjadi milik Allah S.W.T. Golongan ini sebenarnya sudah menjiwai seruan Al_Quran;"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"(At-Taubah:111).
Ini adalah tujuan sebenar kehidupan manusia dan tingkat refomasi agung yang harus dicapai oleh umat Islam. Terdapat satu kisah yang menarik yang dapat mengungkapkan betapa indah dan nikmatnya menjadi Islam. Kenikmatan ini diungkapkan oleh seorang wanita California Amerika Syarikat bernama Brenda Ghalib yang telah memeluk agama Islam melalui perkahwinan dengan seorang pemuda bangsa Arab. Beliau berkata,"Since I have been a Muslim, I'm very sure of myself, Islam has given me peace, an inner place: I think in the west especially in California, people are very unsure of themselves. The are always searching, searching" (Goodwin:n 1994). Berbahagia dan beruntunglah mereka yang sudah menjadi orang Islam kerana tidak letih dalam kesesatan untuk mencari tujuan hidup ini. Rugilah mereka yang dilahirkan sebagai Islam, tetapi masih sesat mencari Allah kerana matanya memandang dan terpikat kepada dunia semata-mata.
Posted by syurgafirdausi at 5:13 AM 0 comments
Monday, January 4, 2010
Perkelaminan Di dalam SYURGA
Rasulullah (S.A.W.)satu masa telah ditanya oleh Luqaid ibn Amir:"Ya Rasulullah, apakah kita mendapat isteri-isteri yang baik di syurga?". Baginda menjawab,"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan kamu akan merasakan nikmat dengan mereka seperti kamu merasakan nikmat dengan isteri-isteri kamu di dunia ini, hanya sanya tidak melahirkan anak" (Hadis riwayat Turmuzi & Tabrani). Di dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Wahab dari Abu Hurairoh, berkata Abu Hurairoh: "Ya Rasulullah, apakah kita berjimak (bersetubuh)di syurga?". Jawab baginda, "Ya. Demi Tuhan yang memegang jiwaku dengan tanganNya, hebat, hebat (jauh lebih hebat dari di dunia) dan bila telah selesai urusan, si isteri kembali suci serta perawan".
Di dalam buku HIDUP SESUDAH MATI karya Bey Ariffin di muka surat 187, Rasulullah dalam menjawab satu pertanyaan, bersabda,"Ya, di syurga ahli syurga akan menyetubuhi isteri-isteri mereka. Demi Tuhan yang telah mengutuskan aku dengan membawa kebenaran, bahkan dengan zakar yang tidak pernah lemah, kemudian faraj yang tidak pernah kendur dan syahwat yang tidak pernah putus".
Jadi, percintaan antara suami isteri di syurga selalu hangat dan indah. Mereka mempunyai kemahuan dan kemampuan seks seratus (100) kali ganda daripada di dunia. Persetubuhan ini pula tidak mengakibatkan kelahiran atau keturunan, sebab tiada keluar air mani kecuali mengeluarkan semacam udara yang sedikit hangat dengan perasaan nikmat yang lebih besar.
Posted by syurgafirdausi at 5:01 AM 0 comments
