Allah berfirman: "Telah pasti datangnya ketetapan Allah. Maka, janganlah kamu meninta agar disegerakan kedatangannya"(an-Nahl: 1). Jangan mendahului apa yang akan terjadi. Apakah anda ingin melahirkan anak sebelum waktunya? Atau memetik buah sebelum matang?. Masa depan merupakan sesuatu yang masih samar-samar dan belum pasti wajahnya. Ia tidak memiliki aroma,bentuk, rasa, dan warna. Jika demikian, kenapa kita harus menghabiskan waktu untuk memikirknnya, resah terhadap musibah yang belum pasti dan berfikiran bahawa musibah akan menimpa? Padahal kita tidak tahu apakah kita akan diberi kesempatan untuk bertemu dengannya!.
Walaupun ia sebuah kebahagiaan, keindahan dan ketenteraman tapi ia masih di alam ghaib, belum menyentuh dunia, belum kita rasakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Oleh sebab itu jangan sekali-kali membuat jambatan untuk sampai kepada sesuatu yang ghaib. Siapa tahu, ternyata dalam usaha pembuatan jambatan tersebut kita meninggal dunia atau jambatan yang cuba kita bangunkan itu roboh begitu saja.
Tidak ada yang mengetahui yang ghaib, melainkan Allah. Tunggulah, masa depan pasti akan datang. Oleh sebab itu, nikmatilah hari ini dengan kebahagiaan, agar hidup anda boleh bermakna. Agar hari ini yang mengisi ruang waktu usia kita menjadi hari yang indah dan mampu memberikan sinar kebahagiaan buat kita. Menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan masa depan, membaca buku-buku ramalan, dan kemudian berkeyakinan akan munculnya mukjizat merupakan hal yang dilarang oleh syariat. Meramal sesuatu yang tiada sesiapapun mengetahui kecuali Allah, Yang Maha Mengetahui, adalah satu dosa yang boleh mencacatkan perjalanan kita pada hari ini.
Sewajarnya hari ini yang sedang kita nikmati diisi dengan hal yang boleh mengganjari kita dengan pahala buat bekalan di akhirat kelak. Bukan dengan perkara-perkara yang boleh memalitkan noda dosa dalam catatan amalan kita. Hal itulah yang dinamakan dengan panjang angan-angan. Hal-hal seperti itu, termasuklah hal-hal yang dilarang dan tercela secara akal. Banyak orang di dunia ini melakukan hal yang demikian. Mereka telah membayang dan meramalkan akan terjadi kelaparan, kesedihan, kesusahan, musibah yang akan menimpa dan sebagainya. Mereka begitu menjadi 'hebat' hingga mampu menentukan apa yang bakal terjadi sedangkan upaya mereka sebagai hamba Allah amatlah terbatas. Padahal yang demikian merupakan tipu daya iblis yang selalu ia bisikan kepada manusia. Firman Allah,"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan dan kikir), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia" (al_Baqarah: 268).
Banyak orang yang menangis kerana khuatir esok harus kelaparan ataupun mereka menangis kerana setahun lagi akan dilanda kesakitan atau berfikiran kiamat akan datang setelah seratus tahun yang akan datang dan sebagainya. Ramalan karut ini membuatkan hidup mereka tidak tenteram, bahkan ia memberi pengaruh negatif kepada kehidupan harian mereka. Jiwa khuatir mereka terkadang akan menyebabkan rasa putus asa ,lemah semangat, hilang keyakinan diri, gundah, risau dan sebagainya. Ini akan menyebabkan hidup mereka menjadi tidak tenteram. Semestinya, seseorang yang tidak tahu bila maut akan menjemputnya tidak boleh sibuk dengan urusan yang belum tentu ada wujudnya.
Dengan kata lain, berkeyakinan terhadap sesuatu yang masih dalam rahsia Allah SWT. Biarkanlah hari esok, hingga ia sendiri yang datang kepada anda. Jangan tanyakan keadaannya dan jangan membuang masa anda untuk menunggunya. Sebab anda harus sibuk dengan hari yang anda hadap sekarang. Jika anda hairan, maka seharusnya anda lebih hairan terhadap mereka yang menggantungkan kehidupannya kepada masa depan yang belum jelas mataharinya; apakah ia akan terbit atau tidak dan apakah ia akan merasakan hangat sinarnya atau tidak. Hati-hati jangan selalu panjang angan-angan.
Saturday, February 13, 2010
Renungan: Biarkanlah MASA DEPAN Datang Sendiri
Posted by syurgafirdausi at 10:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Biarkan masa depan datang sendiri? Memang semua orang tahu nasib dan ketentuan hidup kita telah pun ditentukan di loh mahfuz Allah tetapi adakah cukup hanya dengan menunggu nasib dan ketentuan itu datang sendiri? Adakah kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkannya?
Adakah sesuatu itu boleh datang sendiri andainya kita tidak berusaha? Kalau macam ni lah gayanya hidup manusia.....saya pun nak..ni tidak. Dah puas berusaha pun belum tentu saya dapat apa yang saya mahukan...
Post a Comment