BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 27, 2009

10 Sifat-sifat MAZMUMAH

10 sifat-sifat tercela yang menyebabkan manusia tidak bahagia di dunia dan akan mendapat balasan yang buruk selepas mati.

1. BANYAK MAKAN - Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada ibadah dan zikrullah.
2. BANYAK BERCAKAP - Banyak bercakap banyak salahnya. Banyak salahnya banyak dosanya.
3. PEMARAH - Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.
4. HASAD - Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kurniaan dari Allah SWT.
5. BAKHIL - Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan Allah dan untuk agamaNya.
6. HUBBUL-JAH - Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas, dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.
7. HUBBUD-DUNIA - Gemarkan kesenangan hidup dan kemewahan hidup. Kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada kewajipan kepada Allah. Kesenangan dunia tidak sepatutnya membawa lupa.
8. TAKKABUR - Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.
9. BANGGA DIRI - Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.
10.RIAK - Memperlihatkan atau menunjuk-nunjukkan amalannya kepada orang lain. Semata-mata niatnya hanya kerana manusia. Amalannya akan menjadi sia-sia.

Thursday, December 10, 2009

Dunia destinasi persinggahan sementara...

Abu Hurairoh telah berkata: Sabda Nabi kepadaku:"Wahai Abu Hurairoh, mahukah kamu aku perlihatkan dunia ini seluruhnya beserta isi kandungannya?". Kataku: Tentu sekali saya mahu wahai Rasulullah. Lalu baginda memegang tanganku dan membawaku ke suatu lembah di Madinah. Seketika kemudian, kami sampai di satu lembah tempat persampahan di mana terdapat tengkorak-tengkorak manusia, najis-najis, tulang-tulang,perca-perca kain mereka. Sejurus kemudian, Rasulullah bersabda, "Wahai Abu Hurairoh, tengkorak-tengkorak ini dahulunya ialah kepala-kepala yang haloba dan mengharap (kepada kemewahan dunia) seperti kamu juga. Hari ini telah menjadi tulang-tulang yang tidak berkulit kemudian akan menjadi debu-debu halus. Longgokan najis ini ialah dahulunya ialah bermacam-macam makanan yang telah mereka usahakan dari mana-mana, kemudian mereka sumbatkan ke dalam perut-perut mereka dan sekarang telah menjadi bahan-bahan yang dibenci dan dihindarkan orang. Perca-perca kain yang reput ini dahulunya ialah permaidani-permaidani dan pakaian-pakaian mereka, sekarang telah ditiup angin ke sana ke mari. Sedang tulang temulang ini pula ialah tulanga-tulang binataang ternakan mereka di merata pelosok dunia. Oleh itu barangsiapa yang ingin menangis terhadap keadaan dunia, maka bolehlah ia menangis" kata Abu Hurairoh "Maka kami pun lantas menangis dengan bersugguh-sungguh".

Dunia dengan segala kenikmatannya yang ada di dalanmya merupakan buruan manusia yang tidak ada hujungnya. Seluruh tenaga pemikiran dikerah untuk menghasilkan kenikmatannya. Semasa Baginda Nabi SAW diisrak mikraj oleh Allah SWT, Baginda diperlihatkan bandingan dunia seorang wanita cantik yang disaluti perhiasan gemerlapan di tubuhnya, memanggil-manggil "Wahai Muhammad nantikandaku, aku hendak bertanya kepada engkau" , tetapi Rasulullah tidak berpaling, "Apa perempuan ini ya Jibril?" sahut Jibril "Itulah dunia".

Di era zaman mutaakhir ini, kegelojohan mengejar kesenangan dunia kelihatan jelas terpapar di hadapan mata, tidak ada perasaan malu untuk mengerjakan sesuatu walaupun ianya amat berlawanan dengan hukum Allah. Nabi SAW pernah berpesan kepada menantunya Saidina Ali "Wahai Ali barang siapa yang memakan barang yang haram nescaya lemahlah keyakinannya dan di dinding oleh Allah akan doanya". Bukanlah bererti umat Islam dilarang bagi mencari kemewahan dunia, malah digalakkan mencari rezeki yang halal. Alllah berfirman, bermaksud "Apabila telah ditunaikan sembahyang (Jumaah), maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah" (S.Jumaah, 10).

Islam mengingatkan umatnya supaya dunia dan segala kesenangannya janganlah dijadikan matlamat di dalam sirkus kehidupan dan menjadi medan sengit persaingan di kalangan manusia. Rasulullah telah mengingatkan, "Demi Allah, aku tidak takut kamu menjadi mangsa kemiskinan. Tetapi apa yang aku takutkan ialah bahawa dunia ini dibukakan kepada kamu seperti telah dibukakan kepada umat-umat sebelum kamu, maka lantas kamu berlomba-lomba kerananya. Lalu perlombaaan(persaingan/kompitasi) itu membinasakan kamu sepertimana ia membinasakan mereka itu" (HR Bukhari & Muslim).

Manusia yang memusatkan pemikirannya semata-mata kepada dunia akan menumbuhkan ciri-ciri tamak haloba di dalam hatinya dan akan menumbuhkan penyakit-penyakit lain. Rasulullah bersabda "Sesiapa yang keterlaluan penumpuan fikirannya kepada dunia, maka Allah tidak akan mnendatangkan sesuatu untuknya dan Allah akan menetapkan ke dalam hatinya empat perkara: kerungsingan fikiran yang tidak kunjung habis, kesibukan yang tidak pernah selesai, kemiskinan yang tidak akan kaya , dan harapan yang tidak akan tercapai selama-lamanya"(HR Atthabrani). Di dalam kehidupan masakini yang dibanjiri dengan beraneka perhiasan yang amat diingini oleh hawa nafsu, iman manusia dengan mudah menjadi rapuh, jika tidak diawasi dan diperangi bersungguh-sungguh akan runtunan hawa nafsu itu. Sesiapa yang bertolak ansur dengan dunia, maka akan musnah imannya. Rasulullah memberi amaran di dalam persoalan ini: "Selepasku nanti, dunia akan memamah (memusnahkan) iman kamu laksana api memamah kayu kering".

Percayalah akan sabda Rasulullah "ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya, oleh itu kalau kamu dapat menahan diri dari menjadi orang-orang yang kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang masih ada peluang untuk kamu beramal, dan belum ada sebarang hisab perhitungan, dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tiada ada peluang bagi sebarang amal" (HR Baihaqi).

Monday, December 7, 2009

Renungan: Tanggungjawab Terhadap Allah Lebih Utama

Dalam perlumbaan kita mengejar kemajuan,kemakmuran dan kemewahan hidup di zaman pembangunan ini, kebanyakan umat Islam telah melupai atau mencuaikan kewajipan terhadap Allah. Adalah nyata pengaruh kebendaan (materialistik) begitu hebat sekali menguasai hidup manusia sehingga kebanyakan dari kita meletakkan soal kewajipan terhadap Allah sebagai soal kedua (sekunder) dan soal mengejar kebendaan atau kekayaan itu menjadi soal pertama. Sesungguhnya banyak bukti jika kita hendak huraikan satu persatu. Umpamanya bila tiba waktu sembahyang dan suara azan bergema di masjid dan surau. Bila sembahyang didirikan hanya beberapa kerat sahaja yang mengerjakannya. Yang paling menyedihkan ialah sembahyang boleh ditinggal dan diabaikan demi untuk menjayakan tugas atau kerja-kerja yang boleh ditangguhkan. Alasan untuk ini bahawa tugas itu penting untuk kebajikan dan sebagainya. Ini mereka lebih mementingkan 'hablun minan nas' pada hal menurut agama Islam hubungan dengan Allah 'hablun minallloh' wajib diutamakan sebelum hubungan dengan manusia.

Satu lagi Rukun Islam yang sering diringan-ringankan ialah kewajipan berzakat harta. Apa yang biasa kita lakukan ialah zakat fitrah setahun sekali. Sebagaimana kita ketahui zakat harta adalah menjadi asas kepada sistem perekonomian Umat Islam. Kita tidak menafikan ada di antara kita membayar zakat harta, tetapi bilangannya amat sedikit. Begitu juga dengan individu yang bertugas dengan menerima gaji bulanan adalah wajib membayar zakat pendapatan setiap tahun bila sampai nisabnya. Kalaulah kita sanggup menbayak cukai pendapatan, kenapa tidak zakat pendapatan yang menjadi tuntutan agama? Marilah kita koreksi diri dan muhasabah diri!!!.

Sunday, December 6, 2009

PELITA ILMU: Amal Soleh Syarat Mendapat Rahmat

Setiap orang beriman tidak pernah lupa untuk memohon rahmat Allah dalam setiap doa yang dipanjatkan. Kerana rahmat Allah yang terlimpah adalah sebagai penawar kepada segala kesusahan jiwa. Rahmat Allah adalah suatu nikmat yang terbesar selain dari iman dan Islam. Ada keterangan yang mengatakan bahawa manusia akan masuk syurga bukan kerana banyak amalnya tetapi adalah kerana rahmat Allah. Sebab itu, orang-orang yang beriman sungguh-sungguh mengharapkan agar Allah melimpahkan rahmatNya. Tetapi rahmat Illahi bukan mudah untuk diperolehi. Kerana Allah mempunyai seratus rahmat yang mana hanya satu sahaja dicampakkan ke dunia ini. Untuk mendapatkannya seseorang itu haruslah melakukan amal soleh yang sungguh-sungguh dan istiqomah. Firman Allah bermaksud,"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang berbuat baik".

Maka jelaslah bahawa syarat untuk mendapat rahmat Illahi adalah dengan melakukan amal soleh ataupun amal yang baik. Apa yang harus kita lakukan ialah melakukan ibadah dan amal soleh dengan penuh keikhlasan, walau sekecil manapun amal kita itu. Setiap kebaikan yang mahu dilakukan akan mendapat halangan dari nafsu dan syaitan. Maka di sini nilai mujahadahlah yang menentukan amal soleh kita itu samada berjaya dilakukan ataupun tidak. Sekiranya berjaya dilakukan apakah ianya sempurna atau tidak. Sebagai seorang mukmin kita tidak harus berputus asa untuk mendapat rahmat dari Allah kerana ianya tidak akan termakbul dalam sekelip mata. Antara amal-amal soleh termasuk seperti bersedekah, berkasih sayang dengan fakir miskin, zikir, bekerja mencari nafkah keluarga dan seumpamanya. Itulah antara jalan-jalan untuk mendapat rahmat atau kasih sayang Allah.

Friday, December 4, 2009

Penyebab Azab Di Kubur (Alam Barzah)

Penyebab utama azab kubur adalah sifat2 tercela yg tersimpan di dalam jiwa mamusia. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis Nabi SAW,"Aku diutus untuk orang kafir di dalam kuburnya 99 ular yang sangat besar. Semua mengigit dan mematuknya sehingga hari Qiamat. Andai seekor dari ular itu keluar ke dunia dan meniupkan racunnya ke tanah, maka tidak satupun tumbuhan dapat hidup di muka bumi". Imam Al-Ghazali ada berkata,"Jangan hairan dengan bilangan ular yang banyak ini, sebab bilangan itu sebanyak bilangan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riak, dengki, dendam dan sifat2 buruk yang lain". Penyebab azab barzah lainnya adalah mengumpat (ghibah), adu domba (namimah), sisa air kencing tidak dicuci dengan sempurna. Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan hadis Nabi SAW:"kebanyakan siksa kubur disebabkan kerana air kencing". Azab kubur juga disebabkan ratapan ke atas mayat. Imam Al-Bukhari dan Muslim, menjelaskan bahawa Nabi SAW ada bersabda,"Satu mayat disiksa di kuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya". Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan di sini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasiatnya untuk diratapi. Herdikan malaikat dengan pukulan juga kerana orang tersebut tidak ambil endah ajaran agama sebagai panduan hidup di dunia.