BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011

'HATI KITA TELAH Mati....???

Hati kita TELAH MaTI...????

Semalam...
ombak mendebur pantai
yang lemah dan kaku
kita hanya melihat
kejahatan itu
bermaharajalela...

Jeritan pantai
siapa tiada peduli
menusuk malam siang
perih pedih
azab sengsara

Kita punya hati....
TAPI MATI...


Nukilan,
Norumzi Ismail
Skudai JOHOR>

ditanggungnya aeorang

Saturday, March 19, 2011

'Di kala malam yang sunyi sepi.....'

Di KALA MALAM YANG sunyi SePI

Di kala malam yang sunyi sepi
bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan",
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghrifah dan mutmainnah.


(Adaptasi sajak dari Imam Bukhari; dalam merakamkan rasa kehambaannya pada
Allah SWT....)

Wednesday, February 9, 2011

Kurang belas kasihan dan sentiasa menyangka buruk

Adapun perasaan kurang rahmat dan belas kasihan terhadap kaum Muslimin,maka yang demikian itu menunjukkan kerasnya hati, kejam, bengis dan ganas. Semua sifat itu dicela dan buruk, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.: "Tunjukkanlah belas kasihan terhadap orang-0rang yang di muka bumi, nescaya Tuhan yang dilangit akan membalas kasihanimu. Berbelas kasihanlah, mescaya anda dibelas kasihani pula. Sesungguhnya Allah merahmati para hambaNya yang bersifat belas kasihan". sabdanya lagi: "Perasaan belas kasihan itu tidak akan dicabut, melainkan daripada seorang yang jahat".

Orang yang tidak menyimpan perasaan belas kasihan dan rahmat di hatinya terhadap kaum Muslimin, terutama sekali terhadap orang-orang yang susah, miskin dan lemah, dan terhadap orang-orang yang ditimpa bala dan bencana, adalah orang yang keras hatinya, lemah imannya dan sentiasa terjauh dari Tuhannya.

Adapun menyangka buruk terhadap kaum Muslimin, maka sifat itu juga dicela dan buruk. Nabi ada bersabda:"Dua perkara , tiada sesuatu pun yang lebih utama daripadanya, iaitu: menyangka baik terhadap Allah, dan menyangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara lagi, tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya, iaitu: menyangka buruk terhadap Allah dan menyangka buruk terhadap hamba-hamba Allah".

Maksud buruk sangka terhadap kaum Muslimin, ialah: Anda, menyangka buruk terhadap perbicaraan dan perbuatan mereka, yang pada lahirnya kelihatan baik dan bagus. Akan tetapi anda sengaja memahami maksud sebalik dari apa yang mereka lahirkan itu.

Ataupun anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya, semuanya tidak baik, padahal anda bisa menganggap kesemuanya baik. Itu juga dikira buruk sangka, akan tetapi tidaklah serupa dengan yang pertama.

Adapun baik sangka terhadap kaum Muslimin, adalah sebaliknya yang demikian. Segala perbuatan dan percakapan mereka, jika lahirnya baik, anda menganggapnya baik dan menyangka hanya yang baik saja. Manakala perbuatan dan percakapan itu mungkin baik dan mungkin sebaliknya, anda menganggapnya baik semata-mata. Perlakukanlah serupa itu sekadar kemampuan, kemudian hendaklah anda minta bantuan Allah, dan Allah Maha pemberi taufiq. Waallahu'lam

Thursday, December 9, 2010

Sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata

Sangka buruk, suka mengintip dan mencari aib kesalahan orang lain, serta kata mengata adalah penyakit warisan iblis. Ia merupakan perangkap untuk memangsa manusia. Dengan itu maka penuhlah dunia ini dengan sifat berburuk sangka, saling mencari-cari aib dan kesalahan orang lain, dan seterusnya bermaharajalela adu domba dan fitnah yang bersumber daripada sifat kata mengata. Allah menegah perkara ini daripada berlaku di kalangan umat Islam sebagaimana firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan-larangan tersebut, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani" (Al-Hujurat: 12).

Berpandukan ayat di atas, jelas kepada kita di dalam diri manusia terdapat 3 jenis penyakit hati yang sukar diubati. Penyakit hati inilah yang membawa kepada kemusnahan ukhuwah antara kita di dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan penyakit ini juga akan membawa kita kepada perbalahan dan perpecahan kepada kita semua seandainya kita tidak menjauhinya.

PERTAMA: Dhan yang bererti sangka atau prasangka.

Walaupun Allah tidak melarang terus tabiat ini, namun berdasarkan kesannya yang buruk, Allah menghendaki kita menjauhinya. Sangkaan yang dilarang itu ialah sangkaan yang membahayakan serta menyusahkan samada terhadap diri sendiri atau orang lain. Umpamanya, seorang lelaki yang berkunjung ke rumah seorang wanita pada malam hari ketika suaminya tiada di rumah. Seseorang yang melihat peristiwa itu terus membuat sangkaan yang bukan-bukan. Dia pula kemudiannya menceritakkannya kepada orang lain, dan ceritnya pula lebih buruk dari keadaan sebenar. Alangkah malangnya wanita tersebut andainya yang datang itu adalah abang kandungnya sendiri.

KEDUA: ialah amalan suka mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain.

Perbuatan seperti ini boleh mewujudkan permusuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ada orang yang suka mengintip pergerakan dan mencari kesalahan kita???. Adakah kita akan berdiam diri begitu sahaja tanpa bertindak balas? Selagi manusia memiliki nafsu , sifat ingin bertindak balas pasti wujud demi mempertahankan cerita tentang diri kita diketahui orang lain walaupun benar. Perbuatan suka mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mendedahkannya kepada orang lain, adalah perbuatan yang amat tercela dan dlarang keras oleh Islam. Tetapi jika perbuatan ini bertujuan untuk mendapatkan bukti di mahkamah dan seumpamanya, maka perbuatan ini tidak dilarang malah diharuskan. Islam lebih suka kalau kita merahsiakan keburukan dan keaiban seseorang. Perbuatan seperti ini adalah amalan para Rasul, dan Nabi S.A.W. sendiri pernah memberi jaminan bahawa sesiapa yang menutup keaiban dan kesalahan orang lain, akan diberi ganjaran dengan terpelihara keaibannya pada hari akhirat. Hal ini jelas dalam sabda baginda,:"Sesiapa yang menutupi (keburukan/keaiban)saudaranya sesama Islam, dan tidak didedahkannya kepada orang lain, nescaya Allah akan menutupi keaibannya pada hari akhirat"(HR Ahmad).

KETIGA: Penyakit mengumpat dan kata mengata.

Perbuatan ini juga merupakan penyakit masyarakat yang amat berbahaya. Sekirannya perbuatan ini sudah menjadi amalan dan tabiat seseorang, masyarakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah. Inilah yang dianggap punca perpecahan dan permusuhan. Perkara yang berlaku walaupun benar juga dilarang untuk diumpat apatah lagi perkara yang tidak benar. Pada suatu ketika, iaitu semasa saiditana Aisyah bersama Nabi S.A.W., tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak pendek. Semasa lelaki itu keluar, Aisyah bekata:"Pendeknya orang itu". Lalu segera dijawab oleh Rasulullah,"Ya Aisyah, sesungguhnya kamu telah mengumpat dia".Jawab Aisyah:"Bukankah itu perkara yang benar, Ya Rasulullah?. Maka jawab Rasulullah,"Itulah dikatakan mengumpat, kalau sekiranya perkara itu tidak benar, maka itu dusta (fitnah) namanya". Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan menyebut, menceritakan dan mendedahkan keburukan, keaiban, kecacatan, kekurangan, kepincangan seseorang kepada orang lain dinamakan mengumpat. Jika orang yang diumpat itu tidak mengetahuinya, maka ia akan memperolehi pahala daripada umpatan itu, manakala yang mengumpat akan beroleh dosa. Sebaliknya, jika orang yang diumpat itu mengetahui, tentu akan berlaku permusuhan dan persengketaan.

Secara sepintas lalu, ketiga-tiga penyakit ini kelihatan hampir serupa iaitu sangka buruk, suka mencari kesalahan orang lain dan kata mengata. Ketiga-tiga penyakit ini terbit daripada hati yang telah dirosakkan oleh nafsu dan dikuasai oleh syaitan dan iblis.Penyakit-penyakit seperti ini, tidak berlaku melainkan kerana iri hati, busuk hati dan sakit hati.

Kita mungkin mampu hidup sendirian, tetapi kita pasti tidak mampu hidup tanpa teman. Bersama-samalah kita menjaga hati kita daripada terus dijangkiti penyakit-penyakit hati ini. Binalah kehidupan bermasyarakat yang saling memahami serta menjaga kebajikan di antara satu sama lain. Jangan biarkan ukhuwah kehidupan kita dihancurkan hanya kerana penyakit-penyakit hati yang tanpa kita sedari telah bersarang di dalam diri kita. Wallahu a'lam.

Wednesday, October 20, 2010

Persoalan HATI....

Hati itu terbahagi 2 bahagian.
1. Hati Jismani. iaitu hati sebagai bahan bendanya (hati). Hati ini yang disebut dalam Hadis: "Sungguh dalam tubuh manusia ada segumpal daging; apabila dia baik, maka baiklah seluruh tubuh dn apabila dia jahat, maka akan celakalah seluruh tubuh. Dia itu adalah Hati" (HR Bukhari). Hati jismani ini adalah dalam bahasa Arabnya disebut, "Kibdun", dia dapat disaksikan dengan pancaindera dan dapat juga disaksikan tugas-tugasnya berhubung dengan jismani. Dia terletak dalam dada sebelah kiri dan bermuaranya urat-urat darah dalam tubuh. Antara tugas lain ialah- menukarkan zat-zatnya dalam tubuh dan menyahkan zat-zat beracun.

2. Hati Nurani (Ruhani). Iaitu hati yang dalam bahasa Arabnya disebut,"Qalb" atau "Fu'aad" iaitu tenaga dan kekuatan dari hati jismani (Kibdun) dan sifat ruhaninya sahaja , bukan dari sifat bendanya. Dalam bahasa Melayu, antara lain dia digunakan dalam rangkaikata-rangkaikata : ada hati; busuk hati; hati mulia, dan sebagainya.

Jadi disebalik hati jismani (seketul daging), itu terdapat abstrak (maknawi)yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera iaitu kekuatan atau tenaga yang tersembunyi, hati yang berfungsi dari segi ruhani inilah yang ditujukan oleh sabda Nabi, bermaksud: "Sungguhnya Allah tidaklah memandang kepada rupa paras kamu dan tidak pula kepada perawakan badan kamu, pun tidak kepada harta benda kamu, tetapi Dia memandang kepada isi hati-hati kamu dan gerak amalan kamu"(HR At-Tabrani).

Menurut ahli Falsafah Islam terkenal Imam Al-Ghazali:
"Al-Qalb" itu mengandungi 2 makna:

1. "Al-Qalb" (Hati) ialah segumpal daging yang berbentuk bujur dan terletak di dada sebelah kiri, yang mempunyai tugas-tugas tertentu (para doktor perubatan lebih arif..)

2. "Al-Qalb" (Hati) dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dan ruhaniyah yang ada hubungannya dengan hati jismani tadi. Hati dalam erti kedua ini adalah hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian, berpengetahuan dan 'arif'. Iaitu manusia yang menjadi sasaran dari segala perintah dan larangan Allah, yang akan diseksa, dicela dan dituntut segala amal perbuatannya.

Kesimpulannya: Hati manusia itu mempunyai dua peranan iaitu: peranan jismani dan peranan ruhani.

(Dipetik dari buku "Kedudukan Niat dan Ikhlas Dalam Islam", oleh Abdullah Al-Qari, Pustaka Asa Kenali Kelantan, 1988).

Tuesday, October 12, 2010

Semai kebaikan, Tuai Keredhaan...

Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah

Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran

Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan

Firman Allah:
"Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna), sebelum kamu dermakan sebahagian daripada yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui"
(Ali Imran: 92)

Thursday, September 2, 2010

Memelihara Hidayah...

Adalah penting bagi kita memastikan hidayah ini tetap terpelihara dalam jiwa kita. Berikut ini adalah beberapa langkah yang peru kita ambil supaya hidayah dalam hati kita tetap pelihara.

Pertama: DOA

Doa adalah step pertama yang perlu kita ambil bila inginkan hidayah dalam hati tetap terpelihara. Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat kepadaNya supaya diteguhkan hidayah dan memohon tidak dicabut atau disentap dari hati kita. Di dalam Al-Quran terdapat serangkap doa yang berkaitan dengan keperluan kita ini. Firman Allah,"Wahai Tuhan kami, janganlan Engkau condongkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk. Dan kurniakan kepada kami dari sisi Engkau, kerahmatan, seseungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurnia" (Ali Imran: 8). Ini adalah doa yang diajarkan secara direct oleh Allah. Adakah di sana doa lain yang lebih baik daripada ini?. Maka sudah sepantasnya, kita menghafal dan mengungkapkannya saban waktu. Kita sedar hakikat, terpelihara atau tercabutnya hidayah itu terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. semata-mata. Apabila Allah meneguhkan hidayah dalam hati kita, tidak ada yang memesongkan dan menyelewengkan walau bagaimana kaedah dan usahanya. Sudahkah kita lupa cerita kisah keteguhan hati Bilal ibni Robah seperti teguh batu yang menghenyah dadanya?. Sahabat agung ini dipaksa supaya kembali kepada ajaran berhala. Beliau enggan lalu disiksa. Beliau disalai ditengah padang pasir. Tubuhnya ditindih dengan batu. Betapa keras batu yang menindih batang fizikalnya, teguh lagi hatinya beriman kepada Allah dan rasulnya. Betapa membahangnya cahaya mentari yang memanggang batang fizikalnya, maka lagi membara kecintaannya kepada Allah dan nabinya. Lidahnya tidak henti-hentinya, menutur, "Ahad., Ahad..Ahad.." yang membawa erti, "Yang Maha Esa, Yang Maha Esa..Yang Maha Esa..". Begitulah hakikatnya hidayah , segalanya terletak pada Allah. Dan kita, tekunlah berdoa kepada Allah supaya hidayah terus subur membara bertapak pada hati-hati kita semua.

Kedua: STOP TERUS DARI MELAKUKAN MAKSIAT

Selepas berdoa, langkah seterusnya supaya, hidayah terpelihara ialah- berhenti terus daripada melakukan maksiat. Ini dilakukan dengan penuh keazaman dan keteguhan hati. Sikap berhenti terus secara keselurhnannya, ini perlu digenggam demi menghindarkan diri kita daripada semakin lemas dengan perbuatan dosa. Beringatlah!..sekali kita dihanyutkan oleh arus dosa, sukar sekali bagi kita menyelamatkan diri daripadanya. Sama keadaannya, dengan orang yang ketagihan dadah. Mereka mengaku betapa menyesalnya terjebak dengan dadah, bahkan menangis, dia berharap dapat berhenti daripada terus mengambil najis dadah ini. Selepas beberapa lama, mereka tidak tahan menahan siksa ketagihan, sekali lagi mereka mengulangi Dan, sekali lagi mereka menyesal. Penyesalan sahaja tidak cukup, bagi mengeluarkan dan membebaskan diri daripada melakukan perkara maksiat dan berdosa itu.Tidak ada cara lain, kita perlu berkeras hati supaya berhenti terus dari melakukan perbuatan terburuk itu. Jangan sekali-kali selepas itu menoleh kisah lampau kita, yang menuju ke jurang binsa itu. Tabahkan hati, terus melangkah ke depan menuju redha Allah S.W.T. Hanya dengan ketabahan, keteguhan dan keazaman hati inilah, hidayah dalam dada kita sentiasa terpelihara.

Ketiga dan terakhir: INGAT MATI

Sentiasa mengingat mati memantapkan hati supaya hidayah terpelihara. Mati bertandang tanya memberitahu. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja ia akan berlaku. Bayangkanlah... apabila maut menjengah dan pada waktu itu kita sedang bergelumang dengan maksiat-maksiat serta iman kita mereput dengan dosa dan derhaka kepada Allah. Mengingati mati, bukanlah menambahkan kerunsingan jiwa dan menyerabutkan lagi hati. Bahkan sebaliknya, ibadah kita menjadi lebih berkualiti dan pergaulan kita dengan orang lain, lebih bererti dan terpellihara. Apabila diingat-ingatkan mati, kita berasa tawar hati untuk melakukan maksiat, dosa dan melakukan kezaliman. Kita bimbang maut menjemput kita sebelum sempat kita bertaubat....

Wallahu a'lam.