BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 15, 2011

Dunia INI titan AKHIRAT.....

Dunia ini hanyalah tempat rehat yang sementara untuk manusia, kerana tempat tinggal yang sebenarnya ialah akhirat. Tempat tinggal yang sebenar kepada orang beriman yang berlumba-lumba untuk membuat kebaikan di dunia ini ialah syurga, manakala untuk mereka yang kafir yang lari dari kebenaran ialah neraka.

Orang yang beriman tahu mereka akan diuji dengan banyak ujian di dunia yang sementara ini. Mereka tahu matlamat mereka sebenar ialah untuk tidak tenggelam di dalam kehidupan yang pendek dan sebentar di dunia ini, akan tetapi untuk mencapai tempat yang baik di akhirat, yang tiada mewarisi sebarang kecacatan dan kekurangan. kehidupan di dunia ini dicipta agar manusia menginginkan kehidupan di akhirat, dan oleh itu dipenuhi dengan kekurangan agar manusia tidak akan terlalu terikat kepadanya.

Mengetahui hakikat ini, orang yang beriman akan menginginkan untuk mendapatkan syurga dan oleh kerana itu akan menyimpan keinginan ini dalam setiap pekerjaan mereka agar beroleh balasan yang lebih besar. Manakala mereka yang kafir menetapkan dan berharap untuk mencapai cita-cita mereka yang remeh-temeh di duna ini, golongan beriman menetapkan matlamat mereka kepada hidup di akhirat.

Kehidupan di akhirat adalah tempat di mana orang-orang yang beriman inginkan semasa hidup di dunia yang fana ini. Mereka tidak melupakannya, dan tidak akan terperangkap oleh dunia ini. Oleh itu keimanan mereka kepada hari akhirat adalah sempurna, segala tindakan mereka, peng'ibadatan dan pengharapan dihalakan ke arahnya.

Orang-orang yang beriman berlumba-lumba sesama mereka untuk berbuat kebaikan, bekerja ke arah mencapai akhlak yang terbaik, dan cuba untuk menjadi hamba yang dekat kepada Allah disebabkan oleh keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah, di samping pengharapan bahawa mereka akan memperoleh rahmat dan syurgaNya. Semakin tinggi harapan itu, semakin kuat usaha mereka.

Pengharapan kepada rahmat Allah dan syurga sangat memberi kesan kepada seluruh kehidupan seseorang,sikap terhadap kehidupan, keikhlasan dalam peng'ibadatan, dan keazaman mereka. Mereka yang berharap kepada rahmat Allah tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang olehNya, melalaikan sesuatu yang beliau perintahkan, mengucapkan perkataan buruk, atau mengabaikan suara hati mereka. Mereka menyeru manusia berbuat yang baik dan benar, melarang mereka daripada berbuat kejahatan, dan melakukan dengan keghairahan berbagai jenis 'ibadat yang Allah telah perintahkan.

Di dalam lingkungan persekitaran keghairahan ini tiada tempat untuk berputus asa. Mereka inilah yang Allah redhai, dan kepada mereka Dia (yakni Allah S.W.T.) telah menjanjikan syurga: "Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturanNya), iaitu orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia (Allah) tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat; masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari berkekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami (Allah) ada tambahannya", (SURAH QAF: 32-35).

0 comments: